Saturday, 10 November 2012

Anugerah Nilam 2012

Pemenang Anugerah Nilam bergambar dengan Puan Guru Besar.
Seperti yang telah diketahui, Program Nilam telah berjalan selama setahun sepanjang sesi 2012, pada 5 November 2012, SK Jugra telah menjalankan Majlis Anugerah Nilam 2012 untuk menghargai murid-murid yang telah berjaya membaca buku dengan banyak. Untuk tahun ini juga, sekolah ini telah berjaya membawa nama Kuala Langat ke Program NIilam Peringkat Negeri Selangor. Adik Fadhila Amani semestinya bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, beliau juga berjaya membawa nama daerah Kuala Langat dengan baik.  Berikut merupakan aktiviti-aktiviti sepanjang majlis tersebut.

Adik Fadhila Amani juara keseluruhan Nilam SK Jugra ke Pringkat Negeri.
Adik Haifa Munira, pemenang Tahun 1

Suaibatul Aslamiah, pemenang Tahun 3

Thursday, 8 November 2012

Merdeka! PSS SK Jugra Merasai Sambutan Kemerdekaan.


Sudut patriotik PSS SK Jugra

Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Jugra telah menganjurkan Pameran Kemerdekaan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-54 yang bertemakan “1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”. Pameran Kemerdekaan ini diadakan sepanjang bulan Ogos hingga November di perpustakaan . Di antara bahan yang dipamerkan adalah poster-poster dan buku-buku kompilasi sejarah Malaysia. Program ini bertujuan untuk menanamkan sifat cintakan negara dan perpaduan di samping menambahkan pengetahuan dalam  sejarah negara dalam mencapai kemerdekaan.

Sudut pameran sempena sambutan Kemerdekaan yang telah diwujudkan memberi pendedahan dan ruang ilmu kepada murid-murid dan  warga sekolah bagi menambahkan pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia.  Sebelum mengakhiri coretan ini marilah kita menghayati puisi kemerdekaan di bawah.


SUMPAH ANAK MERDEKA


Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa


Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa


Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara


Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama



Serunai Faqir
Wangsa Maju



Wednesday, 8 August 2012

Mari Membaca! Sambuatan Bulan Membaca 2012!

Program bengkel rakan pembaca.
Pameran dan jualan buku Bulan Membaca

Bermula tahun 2001 pada bulan Julai telah diistiharkan Bulan Membaca Kebangsaan bagi menggantikan bulan Ogos. Majlis telah dilancarkan oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Haji Mohd. Ali pada 16 Julai 2001.

Pelancaran Bulan Membaca didakan  di sekolah selaras dengan kempen membaca peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.Mulai tahun 2001, kempen ini akan dilaksanakan selama  sebulan iaitu Julai dan seterusnya akan berterusan pada setiap tahun.

Justeru, pelbagai acara telah dijalankan bagi menanam semangat membaca dikalangan murid-murid antaranya:
  1. '15 minutes reading time'
  2. Kuiz dan Wordmaze
  3. Pameran dan jualan buku
  4. Bengkel rakan pembaca tahap 2
Sambutan yang diberi, amat menggalakkan. Jom kita lihat gambar-gambar sekitar bulan tersebut.

15 minutes reading time!



Guru-guru pun turut membaca.

Wordmaze aktiviti oleh adik Amer.

Sunday, 22 July 2012

Tahniah SK Jugra! Tempat Ketiga Mural Yeos Malaysia!



Delegasi Yeos dan Berita Harian membuat tinjauan mural di sekolah

Inilah mural yang berjaya merangkul tempat ketiga  peringkat kebangsaan!

Siapa sangka sekolah luar bandar seperti SK Jugra juga berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Melukis Mural Yeos Malaysia. Tetapi sebelum itu, suatu tinjauan telah dijalankan pada 7 April oleh krew Yeos dan Berita Harian. Delegasi mereka telah melihat sendiri hasil mural dan mendengar penjelasan oleh murid tentang mural tersebut. Pihak mereka pula menilai dan merekod lukisan dan penjelasan melalui video. Ternyata pihak mereka begitu 'impressed' akan mural dan penjelasan yang diberikan murid. Kata mereka mural yang dibuat sekolah ini sangat berbeza kerana mengenengahkan tema tradisional dan moden dengan menampilkan elemen wau dan kapal terbang. Hasil usaha semua pihak guru dan murid ternyata telah mendatangkan hasil. Tahniah diucapkan kepada Pn. Noriah, Guru Besar dan En. Mustapha yang telah mengetuai projek lukisan mural ini. 

Admin

Wednesday, 11 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Menyeronokkan, menyihatkan dan mempereratkan hubungan sesama rakan. Itulah 3 ekspirasi tentang acara senamrobik ini. Seluruh sekolah di Malaysia telah diarahkan untuk bersama-sama  mengadakan  acara ini yang turut direkodkan di dalam Malaysia's Book of Record kerana telah berjaya melibatkan jutaan murid dan  guru menyertai acara senamrobik serentak seluruh negara. Ianya bertujuan untuk menggalakan budaya senamrobik disamping dapat menyihatkan badan para pelajar dan guru. Di peringkat sekolah , ianya dijalankan dengan begitu meriah. SK Jugra juga dijemput untuk menjayakan senamrobik peringkat daerah Kuala Langat di PPD yang disertai oleh 4orang murid dan seorang guru. Pastinya, acara ini memang sangat menyeronokkan dan wajar diteruskan di masa hadapan.
Murid-murid yang terlibat dengan program Senamrobik 1 Malaysia di PPD