Sunday, 13 May 2012

Perkhemahan Pengakap Kuala Langat

Guru Pengiring Mr. Ibrahim bersama peserta

Kali ini sebuah perkhemahan pengakap pula dijalankan untuk daerah Kula Langat. Pada 4,5 dan 6 Mei lalu, perkhemahan ini telah berlangsung di SJKT Sungai Buaya. Seramai 7 ornag murid telah terlibat bersama 2 orang guru pengiring, Mr. Ibrahim dan Ustaz Jauzi. Murid-murid ini seharusnya diberi pujian kerana telah sukarela menawarkan diri untuk menyertai perkhemahan ini. Cabaran yang dihadapi oleh mereka sudah tentu sekali masalah cuaca yang menyebabkan knemah mereka basah. Jadi, terpaksalah mereka tidur di dalam kelas sahaja. Antara aktiviti yang dijalankan adalah taklimat informasi Pengakap, Lencana, teknik ikatan tali dan pengembaraan. Mari kita lihat gambar menarik sepanjang perkhemahan.

Perkhemahan Unit Beruniform SK Jugra


Faris ditimbus rakan-rakannya ditepi sungai
'Hanging Rope' yang sangar berbahaya!
Mencabar, menyeronokkan dan memenatkan. Itulah 3 perkataan yang dapat saya gambarkan untuk perkhemahan Unit Beruniform SK Jugra kali kesepupuh yang dijalankan pada 27,28 dan 28 April 2012.Bertempat di Impian Country Resort, Hulu Langat, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antranya Night Walk, Aktiviti Berhalangan, Jungle Tracking, Persembahan Kumpulan 1 Malaysia dan banyak lagi. Aktiviti yang paling saya gemari sekalai adalah Night Walk, yang ,mana, pelajar perlu mengharungi cabaran mendaki bukit pada waktu malam dengan berbekalkan satu lampu oleh guru pengiring! Memang sangat mencabar! 

Thursday, 10 May 2012

You've done well!!! Pertandingan Public Speaking dan Storytelling, Menguji Keyakinan Diri.

Lydia Prashanthini ketika menyertai Pertandingan Public Speaking. 
Pada awal bulan April 2012, dua orang murid sekolah ini telah mewakili sekolah untuk menyertai Pertandingan Public Speaking dan Storytelling. Walaupun tidak merangkul sebabrang tempat, mereka wajar diberi pujian kerana begitu berani menyampaikan cerita dan buah fikiran di hadapan ratusan penonton. Mungkin pada tahun hadapan kita boleh buat yang lebih baik lagi!
Adik Fadhila Amani Fauzi ketika menyampaikan cerita beliau.