Sunday, 22 July 2012

Tahniah SK Jugra! Tempat Ketiga Mural Yeos Malaysia!



Delegasi Yeos dan Berita Harian membuat tinjauan mural di sekolah

Inilah mural yang berjaya merangkul tempat ketiga  peringkat kebangsaan!

Siapa sangka sekolah luar bandar seperti SK Jugra juga berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Melukis Mural Yeos Malaysia. Tetapi sebelum itu, suatu tinjauan telah dijalankan pada 7 April oleh krew Yeos dan Berita Harian. Delegasi mereka telah melihat sendiri hasil mural dan mendengar penjelasan oleh murid tentang mural tersebut. Pihak mereka pula menilai dan merekod lukisan dan penjelasan melalui video. Ternyata pihak mereka begitu 'impressed' akan mural dan penjelasan yang diberikan murid. Kata mereka mural yang dibuat sekolah ini sangat berbeza kerana mengenengahkan tema tradisional dan moden dengan menampilkan elemen wau dan kapal terbang. Hasil usaha semua pihak guru dan murid ternyata telah mendatangkan hasil. Tahniah diucapkan kepada Pn. Noriah, Guru Besar dan En. Mustapha yang telah mengetuai projek lukisan mural ini. 

Admin

Wednesday, 11 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Menyeronokkan, menyihatkan dan mempereratkan hubungan sesama rakan. Itulah 3 ekspirasi tentang acara senamrobik ini. Seluruh sekolah di Malaysia telah diarahkan untuk bersama-sama  mengadakan  acara ini yang turut direkodkan di dalam Malaysia's Book of Record kerana telah berjaya melibatkan jutaan murid dan  guru menyertai acara senamrobik serentak seluruh negara. Ianya bertujuan untuk menggalakan budaya senamrobik disamping dapat menyihatkan badan para pelajar dan guru. Di peringkat sekolah , ianya dijalankan dengan begitu meriah. SK Jugra juga dijemput untuk menjayakan senamrobik peringkat daerah Kuala Langat di PPD yang disertai oleh 4orang murid dan seorang guru. Pastinya, acara ini memang sangat menyeronokkan dan wajar diteruskan di masa hadapan.
Murid-murid yang terlibat dengan program Senamrobik 1 Malaysia di PPD

Saturday, 30 June 2012

Sports Day 2012 in SK Jugra

By: Izyan Izzaty S
Run baby, RUN! 
Because of the priceless expressions =) 

CLICK THE PICTURES FOR BETTER UNDERSTANDING OF ABOVE STATEMENT. =P

Before you start looking at the pictures, I just want to warn you: These pictures are not taken by professional photographer, hence, the lack of sharpness and not so good angle. Thank you.















Some people cannot understand the joy of being a teacher. You see, when you see these kinds of expressions, your days will be brightened just like that. To see they try their best, and cheer for them, we can never expect anything more than that.

But of course I do hope my kids can be as excited in the class as they are on the field. Enjoy the pictures.

Maskot Rumah Sukan 2012!


Bertemakan konsep bunga, setiap rumah sukan telah menyediakan maskot mewakili kumpulan merah. Hasilnya sudah tentu sangat kreatif dan sangat menarik. Kejohanan Sukan pada tahun ini sangat berwarna warni diserikan dengan maskot rumah sukan yang begitu meriah. Ini gambarnya:


Rumah Biru


Rumah Merah

Rumah Hijau

Rumah Merah

Admin

Wednesday, 20 June 2012

Pertandingan Melukis Mural Yeos "Malaysia Kita Wajah Kita"

Jika bertandang di SK Jugra antara perkara pertama yang pasti terserlah adalah lukisan mural yang begitu banyak di dinding and tiang- tiang sekolah. Sudah tentu sekolah ini mahukan suatu persekitaran yang ceria yang mampu membuatkan para pelajar seronok dan selesa untuk ke sekolah. Jadi, seolah ini juga tidak ketinggalan untuk meyertai pertandingan melukis mural anjuran Yeos Malaysia. Bertemakan 'Malaysia Kita Wajah Kita' lukisan mural ini perlu mengunakan 70 peratus bahan makanan atau minuman Yeos sebagai 'material' mural. Seramai sepuluh orang murid dan beberapa orang guru yang diketuai oleh Encik Mustapha telah berjaya menyiapkan dua buah mural dalam masa seminggu! Saya juga tidak melepas kan peluas menolong mereka dalam misi memenangi hadiah wang tunai sebanyak MYR 10,000! Jika ada rezeki, mungkin kita akan terpilih juara ataupun sepuluh yang terbaik di Malaysia.

Mural yang bertemakan kuda kepang sebagai elemen tradisional


En. Mustapha sedang melukis di dinding mural sambil diperhatikan Guru Besar