Sunday 22 July 2012

Tahniah SK Jugra! Tempat Ketiga Mural Yeos Malaysia!



Delegasi Yeos dan Berita Harian membuat tinjauan mural di sekolah

Inilah mural yang berjaya merangkul tempat ketiga  peringkat kebangsaan!

Siapa sangka sekolah luar bandar seperti SK Jugra juga berjaya merangkul tempat ketiga dalam Pertandingan Melukis Mural Yeos Malaysia. Tetapi sebelum itu, suatu tinjauan telah dijalankan pada 7 April oleh krew Yeos dan Berita Harian. Delegasi mereka telah melihat sendiri hasil mural dan mendengar penjelasan oleh murid tentang mural tersebut. Pihak mereka pula menilai dan merekod lukisan dan penjelasan melalui video. Ternyata pihak mereka begitu 'impressed' akan mural dan penjelasan yang diberikan murid. Kata mereka mural yang dibuat sekolah ini sangat berbeza kerana mengenengahkan tema tradisional dan moden dengan menampilkan elemen wau dan kapal terbang. Hasil usaha semua pihak guru dan murid ternyata telah mendatangkan hasil. Tahniah diucapkan kepada Pn. Noriah, Guru Besar dan En. Mustapha yang telah mengetuai projek lukisan mural ini. 

Admin

Wednesday 11 July 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Menyeronokkan, menyihatkan dan mempereratkan hubungan sesama rakan. Itulah 3 ekspirasi tentang acara senamrobik ini. Seluruh sekolah di Malaysia telah diarahkan untuk bersama-sama  mengadakan  acara ini yang turut direkodkan di dalam Malaysia's Book of Record kerana telah berjaya melibatkan jutaan murid dan  guru menyertai acara senamrobik serentak seluruh negara. Ianya bertujuan untuk menggalakan budaya senamrobik disamping dapat menyihatkan badan para pelajar dan guru. Di peringkat sekolah , ianya dijalankan dengan begitu meriah. SK Jugra juga dijemput untuk menjayakan senamrobik peringkat daerah Kuala Langat di PPD yang disertai oleh 4orang murid dan seorang guru. Pastinya, acara ini memang sangat menyeronokkan dan wajar diteruskan di masa hadapan.
Murid-murid yang terlibat dengan program Senamrobik 1 Malaysia di PPD