Murid-murid bersiap sedia untuk perarakan Maulidur Rasul. |
Tulisan: Cik Wana (Guru Praktikum, IPGK Pendidikan Islam Selangor)
"Kami
telah mengutus nabi-nabi sebelum kamu, di antara mereka ada
yang telah kami
sampaikan kisahnya, dan ada pula
yang tidak Kami sampaikan kepadamu" (Al-Mu'min [40]: 78)
Sesungguhnya, para nabi merupakan
utusan Allah kepada hamba-Nya bagi memberikan peringatan terhadap tingkah laku
manusia. Manusia ini fitrahnya mudah terlupa, cepat lalai, leka dan sukar untuk
menetapkan iman di tahap yang maksimum dan istiqamah yakni berterusan. Oleh
itu, Allah mengutuskan para Rasul dalam kalangan manusia agar lebih dekat
dengan insan sebagai ingatan.
Sejarah kelahiran Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir dinantikan oleh sekalian alam. Kelahiran
Baginda seumpama sinaran mentari yang menyinari gelapnya alam. Kehadiran
Baginda merubah dan mentransformasikan kegemilangan dan corak peradaban Islam.
Rasulullah telah mengangkat darjat Islam di tempat yang sewajarnya.
SK Jugra sebagai sebuah
intitusi pendidikan yang majoriti guru dan muridnya
beragama Islam tidak mahu terlepas peluang bagi meraikan serta menghayati
sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pada 11 Februari 2012, majlis sambutan
Maulidur Rasul dimulakan dari pukul 7.30 pagi lagi. Murid-murid berkumpul di
dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing dan berarak sepanjang laluan
jalanraya ke arah Taman Banting Baru dan kembali ke sekolah. Pengisian selawat
dan ceramah Maulidur Rasul turut disediakan bagi menitipkan kesedaran dalam
diri murid-murid.
Semoga Maulidur Rasul bukan hanya sekadar baju dan makan tetapi pengisian
selawat dan kesedaran. Salam Maulidur Rasul
No comments:
Post a Comment