![]() |
Pn. Ramainah (mentor) bersama mentee-mentee beliau |
Masih lagi saya teringat semasa di institut perguruan, saya bersama rakan sekelas mempunyai seorang mentor yang begitu mengambil berat tentang kami. Paling ditunggu-tungukan adalah sesi 'lunch' atau 'dinner' bersama beliau. Kami akan mengumpul duit dan bersama-sama menikmati hidangan di restoran-restoran tertentu. Kadang kala, beliau sendiri turut menyumbang separuh daripada bayaran makanan tersebut. Apa yang penting adalah ikatan yang terjalin antara kami dan mentor, yang diibaratkan seperti ibu kami sendiri.
Tahun ini, setelah bergelar guru, saya pula diberi tanggungjawab sebagai seorang mentor. Difikirkan, masih lagi tidak layak memikul jawatan tersebut namun, tanggungjawab perlu dijalankan.
Pada 20 April 2012, SK Jugra telah melancarkan Program Mentor Mentee (Muridku Anakku) yang melibatkan 15 orang guru dan 37 orang murid-murid Tahun 6. Tiada modul khas yang dicadangkan namun mentor digalakkan: