Friday 15 June 2012

15mins Reading Break!

Murid-murid sibuk membaca semasa program tersebut.

Dilaporkan rakyat Malaysia hanya membaca kurang daripada 5 buah buku dalam setahun! Bayangkan satu tahun ada 12 bulan dan kita hanya membaca kurang daripada 5 buah buku, sangat menyedihkan! Untuk merangsang minat membaca dalam kalangan murid, pihak kementerian telah menjalankan Program 15 mins Reading Break di semua sekolah pada 13 Jun lepas. Tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan, amalan membaca boleh dilakukan di mana- mana sahaja. Diperuntukkan 15 mins sahaja sehari, sekurang-kurangnya amalan membaca dilaksanakan untuk menjadi amalan. Perlahan-lahan ianya akan menjadi tabiat dan murid-murid akan membaca bukan sahaja 15 minit tetapi berjam-jam lamanya hasil daripda program seperti ini. Pada hari pelancaran, terdapat 8 orang perlajar dan disertai 2 orang guru, Pn. Azizah dan Pn. Maimunah telah melibatkan diri dalam program tersebut yang dijalankan di Dataran Banting.

Setiap lapisan masyarakat perlu mengamalkan amalan membaca.

Persembahan 'bercerita' oleh seorang murid.

Murid-murid dan para guru juga tidak ketinggalan membaca.

No comments:

Post a Comment