Thursday 8 November 2012

Merdeka! PSS SK Jugra Merasai Sambutan Kemerdekaan.


Sudut patriotik PSS SK Jugra

Pusat Sumber, Sekolah Kebangsaan Jugra telah menganjurkan Pameran Kemerdekaan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-54 yang bertemakan “1 Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”. Pameran Kemerdekaan ini diadakan sepanjang bulan Ogos hingga November di perpustakaan . Di antara bahan yang dipamerkan adalah poster-poster dan buku-buku kompilasi sejarah Malaysia. Program ini bertujuan untuk menanamkan sifat cintakan negara dan perpaduan di samping menambahkan pengetahuan dalam  sejarah negara dalam mencapai kemerdekaan.

Sudut pameran sempena sambutan Kemerdekaan yang telah diwujudkan memberi pendedahan dan ruang ilmu kepada murid-murid dan  warga sekolah bagi menambahkan pengetahuan berkaitan sejarah Malaysia.  Sebelum mengakhiri coretan ini marilah kita menghayati puisi kemerdekaan di bawah.


SUMPAH ANAK MERDEKA


Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa


Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa


Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara


Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama



Serunai Faqir
Wangsa Maju



No comments:

Post a Comment