Wednesday, 25 April 2012

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

Murid -murid yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan kuiz

Pada Hari Isnin 23 April 2012 telah berlangsung Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat SK Jugra. Semua murid telah terlibat bersama semua guru SK jugra. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Dengan kemajuan teknologi yang semakan pesat, martabat buku sebagai penymbang ilmu seharusnya tidak boleh dilupakan. Program Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini sebenarnya telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai suatu hari yang perlu diingati dan disambut. Pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan antaranya Kuiz Informasi untuk murid dan guru,Pertandinagn Menulis Cerita, Pertandingan Melukis Poster, Pameran Buku dan pelbagai aktiviti mernarik lagi. Dengan penganjuran ini diharapkan murid dapat menghargai buku dan menggalakkan mereka membaca dengan lebih aktif lagi. Mari kita lihat gambar sekitar hari tersebut:
Seorang murid sedang melukis posternya.

Pn. Azlina sedang menjalankan Kuiz Buku dan Hak Pencipta semasa  program tersebut.


Admin

No comments:

Post a Comment