Thursday 16 February 2012

Sekitar Majlis Pelancaran 3K

Para guru dan murid yang terlibat semasa pelancaran majlis
Tulisan: Cik Wana (Guru Praktikum, IPGK Pendidikan Islam Selangor)

Sekolah bukan hanya tempat pencurahan ilmu oleh guru-guru kepada murid-murid tetpai juga merupakan lapangan perhubungan sosial. Sekolah perlu menyediakan persekitaran dan suasana yang merangsang pemikiran serta emosi murid agar fizikal dan minda mereka sentiasa terbuka dan bersedia menerima isi ilmu pengetahuan.


Sekolah Kebangsaan Jugra telah mengadakan sambutan yang saban tahun dilaksanakan bagi memberikan pendedahan serta menyemai benih kesedaran dalam hati, fikiran dan diri murid. Majlis pelancaran program 3K yang direalisasikan pada 13 Februari 2012 merupakan satu program yang menyediakan sepenuhnya aktiviti yang berpaksikan kepada 3 tunjang utama iaitu : Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan.

Monday 13 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul. Penghayatan Kelahiran Nabi Junjungan

Murid-murid bersiap sedia untuk perarakan Maulidur Rasul.

Tulisan: Cik Wana (Guru Praktikum, IPGK Pendidikan Islam Selangor)


"Kami telah mengutus nabi-nabi sebelum kamu, di antara  mereka ada  yang  telah  kami  sampaikan  kisahnya, dan ada pula yang tidak Kami sampaikan kepadamu" (Al-Mu'min [40]: 78)

Sesungguhnya, para nabi merupakan utusan Allah kepada hamba-Nya bagi memberikan peringatan terhadap tingkah laku manusia. Manusia ini fitrahnya mudah terlupa, cepat lalai, leka dan sukar untuk menetapkan iman di tahap yang maksimum dan istiqamah yakni berterusan. Oleh itu, Allah mengutuskan para Rasul dalam kalangan manusia agar lebih dekat dengan insan sebagai ingatan.

Sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir dinantikan oleh sekalian alam. Kelahiran Baginda seumpama sinaran mentari yang menyinari gelapnya alam. Kehadiran Baginda merubah dan mentransformasikan kegemilangan dan corak peradaban Islam. Rasulullah telah mengangkat darjat Islam di tempat yang sewajarnya.

Thursday 2 February 2012

The First: Welcome to SK Jugra

Terletak di Jalan Sultan Abdul Samad, Sekolah Kebangsaan Jugra sedang memasuki usianya yang kesepuluh. Uniknya sekolah ini, ia bersebelahan dengan Pengkalan TUDM dan berdekatan dengan pusat-pusat ilmu negeri Selangor seperti Kolej Matrikulasi Selangor, IKBN, ILP dan Kolej Komuniti bagi daerah Kuala Langat. Jumlah muridnya juga hampir untuk mencecah 900 orang, memerlukan juga jumlah guru yang ramai. Jawatan Guru Besar sekolah ini kini disandang oleh Pn. Noriah Bt Zakariah. Let's enjoy our school view! 


Giant papan tanda sekolah di bangunan utama

Tapak perhimpunan dan pentas 

Visi, misi, lagu sekolah bersama sama memori signifikan SK Jugra di dinding bangunan utama


Ruang entrance sekolah

Mural yang dilukis oleh guru-guru

Welcome to SK Jugra

Dewan Muafakat SK Jugra 
Admin