Monday 13 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul. Penghayatan Kelahiran Nabi Junjungan

Murid-murid bersiap sedia untuk perarakan Maulidur Rasul.

Tulisan: Cik Wana (Guru Praktikum, IPGK Pendidikan Islam Selangor)


"Kami telah mengutus nabi-nabi sebelum kamu, di antara  mereka ada  yang  telah  kami  sampaikan  kisahnya, dan ada pula yang tidak Kami sampaikan kepadamu" (Al-Mu'min [40]: 78)

Sesungguhnya, para nabi merupakan utusan Allah kepada hamba-Nya bagi memberikan peringatan terhadap tingkah laku manusia. Manusia ini fitrahnya mudah terlupa, cepat lalai, leka dan sukar untuk menetapkan iman di tahap yang maksimum dan istiqamah yakni berterusan. Oleh itu, Allah mengutuskan para Rasul dalam kalangan manusia agar lebih dekat dengan insan sebagai ingatan.

Sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir dinantikan oleh sekalian alam. Kelahiran Baginda seumpama sinaran mentari yang menyinari gelapnya alam. Kehadiran Baginda merubah dan mentransformasikan kegemilangan dan corak peradaban Islam. Rasulullah telah mengangkat darjat Islam di tempat yang sewajarnya.

SK Jugra sebagai sebuah intitusi pendidikan yang majoriti guru dan muridnya beragama Islam tidak mahu terlepas peluang bagi meraikan serta menghayati sejarah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pada 11 Februari 2012, majlis sambutan Maulidur Rasul dimulakan dari pukul 7.30 pagi lagi. Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing dan berarak sepanjang laluan jalanraya ke arah Taman Banting Baru dan kembali ke sekolah. Pengisian selawat dan ceramah Maulidur Rasul turut disediakan bagi menitipkan kesedaran dalam diri murid-murid.

Semoga Maulidur Rasul bukan hanya sekadar baju dan makan tetapi pengisian selawat dan kesedaran. Salam Maulidur Rasul


No comments:

Post a Comment