Thursday 16 February 2012

Sekitar Majlis Pelancaran 3K

Para guru dan murid yang terlibat semasa pelancaran majlis
Tulisan: Cik Wana (Guru Praktikum, IPGK Pendidikan Islam Selangor)

Sekolah bukan hanya tempat pencurahan ilmu oleh guru-guru kepada murid-murid tetpai juga merupakan lapangan perhubungan sosial. Sekolah perlu menyediakan persekitaran dan suasana yang merangsang pemikiran serta emosi murid agar fizikal dan minda mereka sentiasa terbuka dan bersedia menerima isi ilmu pengetahuan.


Sekolah Kebangsaan Jugra telah mengadakan sambutan yang saban tahun dilaksanakan bagi memberikan pendedahan serta menyemai benih kesedaran dalam hati, fikiran dan diri murid. Majlis pelancaran program 3K yang direalisasikan pada 13 Februari 2012 merupakan satu program yang menyediakan sepenuhnya aktiviti yang berpaksikan kepada 3 tunjang utama iaitu : Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan.

Majlis pelancaran yang dilaksanakan di dataran perhimpunan melibatkan keseluruhan warga SK Jugra bagi menunjukkan bahawa program ini amat penting dan akan dianggap berjaya apabia memperlihatkan penyertaan keseluruhan warga SK Jugra. Program ini dirasmikan oleh Puan Nooriah Binti Zakaria, Guru Besar SK Jugra. Sepertimana dalam ucapan perasmian beliau, Puan Nooriah Binti Zakaria mengharapkan bahawa program 3K ini berjaya memberikan kesedaran kepada murid-murid mengenai peri pentingnya aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang memberikan implikasi cukup besar kepada kelangsungan hidup.

Program turut melibatkan persembahan murid dengan bertemakan 3K. Semoga persembahan murid ini memberikan kesan yang lebih dekat kepada murid.

No comments:

Post a Comment