Saturday 10 March 2012

Pelancaran Nilam SK Jugra 2012


Gimik pelancaran Nilam, puteri 'keluar' melalui peti rahsia


Bersama Kita Membaca!


Program NILAM merupakan satu program berterusan sepanjang tahun  di mana semua murid terlibat dari murid tahun 1 hingga tahun 6.Program ini boleh diserap dan disepadukan dalam sebarang aktiviti sewaktu pengajaran dan pembelajaran.Ia menjadi pemangkin dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang ke arah pencapaian akademik yang cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca. Apa tujuannya:

1. Memperbanyakkan pembacaan.
2. Meningkatkan ilmu pengetahuan.
3. Memupuk tabiat membaca.

Sambutannya sangat meriah, terima kasih diucapkan kepada Pn. Harisoon dan 'team PSS' kerana telah berjaya menjalankan program ini dengan meriah.Pemenang bagi pembaca terbanyak hadiah sebuah basikal sudah dinantikan. Jangan lepaskan pelung ini.
Sebuah basikal: hadiah pembaca terbanyak

Fadhilah Fauzi menyapaikan sebuah cerita pada hari pelancaran.


No comments:

Post a Comment