Tuesday 17 April 2012

Terima Kasih SK Jugra


Dari kiri: Aisya, Rohizan dan Nadia
Tulisan: Nadiah, Rohizan, Aisyah (Guru Praktikum Prasekolah SK Jugra, IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor)

Pada tanggal 30 Januari 2012,  seramai 7 orang guru pelatih daripada  IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor telah melapor diri di sekolah ini bagi memulakan  sesi praktikum di sekolah ini selama 3 bulan. Langkah diatur, puji-pujian pada Yang Maha Esa dipanjatkan agar perjuangan ini dirahmati-Nya. Seramai 3 orang guru pelatih  telah ditempatkan di Prasekolah Uranus dan Mars.Banyak  aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi praktikum kali ini. Antaranya adalah lukisan mural yand terdapat di prasekolah dan dinding entrance sekolah.


Mural di Prasekolah Uranus
Hasil lukisan mural
Mural di dinding entrance sekolah




Hasil lukisan mural motif daun di dinding entrance


Alhamdulillah, bertuah sekali rasanya kerana ditempatkan di sekolah ini kerana semua pihak telah memberikan kerjasama yang amat baik .  Jutaan terima kasih diucapkan buat semua pihak yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat serta dorongan buat kami semua. Arigato gozaimas dan Dankeschon buat semua. Semoga ukhuwah yang telah terjalin akan kekal hingga akhir hayat..


No comments:

Post a Comment